Monday, April 28, 2008

Jadual Untuk Seminggu

Kebisaannya kami melakukan proses penyediaan beg media setiap minggu. Kami akan mulakan dengan proses menapis habuk, mengadun bahan media, dan selepas itu barulah kerja-kerja membuat beg media di jalankan

Penyedian beg dilakukan di hadapan rumah

Beg media akan di buat hingga mencapai 350 hingga 400 beg. Ini di sebabkan kami menggunakan pengukus yang boleh memuatkan 400 beg media sahaja.


Pengukus ini berukuran 4 x 4 kaki. Beg Media akan kami kukus skurang-kurangnya sehingga 12 jam. Selalunya kai biarkan sehingga habis gas.

Setelah habis dikukus kami biarkan beg media berada di dalam pengukus semalaman kemudian barulah beg itu akan di pindah ke bilik suntik. Beg imedia kan di simpan selama 24 jam sebelum di suntik bagi peroses penyejukan beg media.

2 comments:

Anonymous said...

i beg media brapa gram cendawan?

Mushroom Premium Enterprise said...

1 beg akan menghasilkan 100gram cendawan sekali tuai. Satu beg boleh dituai lebih dari enam kali