Friday, June 20, 2008

Kulat hijau pemusnah


Rumah cendawan kami sekarang sedang di serang kulat hijau. Pelbagai usaha telah kami lakukan bagi membaik pulih beg yang terkena kulat hijau. Kaedah salvage juga kami buat.




Kulat ini sejenis kulat yang mudah merebak. Hampir 300 hingga 400 beg cendawan yang terkena jangkitan kulat hijau. Kami tidak dapat berbuat apa-apa bagi menghalang kulat hijau ini.

Kami teropaksa gunakan jalan terakhir iaitu membuang beg yang sudah berjangkit ini. Ianya bagi mengelak lebih banyak lagi kurugian jika kami berlengah lagi.

Zulfikri

Wednesday, June 18, 2008

Kursus Bersama Megatech


Pada 15 hb Jun yang lepas kami telah mengikuti satu program kursus cendawan secara santai. Keistimewaan kursus yang dianjurkan adalah pendedahan penggunaan Bio Plant dan baja pasir secara menyeluruh.

Di sini juga menerangkan satu kaedah yang tidak memerlukan proses penukusan beg media. Fomula ini sangat berguna kerana disamping memberi kesan yang positif, ia juga menjimatkan kos.

Ini adalah buktihasil kajian mereka. Cendawan sudah mula tumbuh. Program ini di selenggarakan oleh Abang Bakar dan juga Dato Zaini selaku pencipta Bio Plant san baja pasir.

Ilmu menjadi bekalan dan akan dijadikan amalan. Kami juga telah merancang akan membuat beg media menggunakan teknik baru ini minggu ini.

Sunday, June 8, 2008

Rak Patah!

Dalam kesibukan melakukajn semburan bio plant ke atas beg media, tiba-tiba salah satu rak kami patah. Betapa terkejut bercampur sedih ketika itu.



Terpaksalah kami menghentikan sementara proses semburan bio plant. Beg-beg media ada juga yang pecah akibat terhempas di atas lantai.

Beg media yang terjatuh tiu di keluarkan bagi memudahkan proses pembikinan rak




Kami pun terpaksalah membuat reak yang baru. Kami tidak mengambil masa yang lama untuk membuat rak. Setalah setengaha jam kami dapat siapkan satu rak untuk menggantikan rak yang patah.

Setelah siap menyusun semula beg-beg media ke rak baru, kami teruskan semburan Bio Plant ke atas beg media.

Memang kerja yang meletihkan.

Zulfikri

Ekperimen Bio Plant Dijajalankan

Hari ini kami melakukan eksperimen penyemburan bio plant ke atas beg-beg media yang telah matang dan juga separuh matang.



Menurut kaedah yang telah di berikan oleh Dato Zaini iatu penciptnya, untuk kaedah penyiraman beg media ialah campuran 10 hingga ke 15 liter air dengan satu tutup bio plant. Botol yang akmi guna untuk sukat air berukuran 2 liter. jadi kami buat lima botol air campur satu tutup bio plant.

Sukatan Bio Palant

Bio plant di tuangkan ke dalam air.

Selapas di campur ianya dikacau sehingga sebati.

Bancuhan diisi di dalam botol untu di sembur ke beg media.

Semburan ke beg media

Semburan ini perlulah hanya pada mesilium dalam beg media, bukan pada cendawan. Takut nanti kalau makan cendawan terasa Bio Plant pula. Eksperimen ini baru saja di jalankan. Keputusannya masih belum diketahui. Kami akan memantau dari hari ke hari sehinggalah ahad yang akan datang. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja perubahan yang akan berlaku.

Zulfikri

Saturday, June 7, 2008

Akhirnya Bio plant



Hari ini Kami telah ke Taman Melaka Baru untuk membeli baja Bio Plant. Stelah sekian lama kami mencari produk ini akhirnya kami jumpa juga.

Kami telah berjumpa dengan penciptnya sendiri, iaitu dato zaini. Beliau telah memberi penerangan yang sangat mendalam dalam penggunaan bio plant ini.

Tetapi agak kami terkilan sedikit kerana terlupa mambawa kamera untuk merakam gambar untuk kenangan.

Esok kami akan mencubanya keatas beg media kami.

Zulfikri

Friday, June 6, 2008

Beg media baru sudah sampai

Isnin lepas beg media yang kami pesan dari umbai telah pun sampai. Kami memesan 2500 beg media yang sudah siap matang sepenuhnya.



Pada awalnya kami membuat tempahan sebanyak 4000 beg, tetapi di sebabkan ruang yang tidak mengizinkan, kami terpaksa menolak sebanyak 1500 b eg media.



Kami juga terpaksa menambah rak lagi bagi memuatkan 1500 beg media ini. Nampaknya usah untuk mencari ruang baru perlu dilakukan. Kami juga sekarang sedang berusaha untuk mencari tanah untuk dibeli.

Kami berhrap hujung tahun ini kami berjaya membina rumah cendawan di atas tanah sendiri.

Zulfikri

Wednesday, June 4, 2008

Harga Minyak naik!

Rata-rata pagi ini rakyat malaysia akan mengeluh dengan kenaikkan harga minyak. Baru semalam saya berbincang dengan sahabat tentang harga Bio plant akan naik sejurus kenaikan harga minyak ogos ini. Balik sahaja dari rumah cendawan dapat berita harga minyak naik 78 sen.

Namapaknya harga kos untuk membuat cendawan ini akan meningkat, terutamanya pengangkutan. Sedihnya.

Zulfikri

Majalah 3 meninjau industri cendawan



Laporan Khas dari Majalah 3 TV 3 tentang perindustrian cendawan di Malaysia pada masa kini, Klik Logo arrow untuk melihat video clip.

Tuesday, June 3, 2008

Berjalan sambil membeli belah

Pada Sabtu yang lalu saya bersama dengan rakan kongsi telah pergi melawat ke sebuah kilang pemperosesan cendawan, Climax mushroom ent. Tuan punya kilang ini lebih gemar dikenali sebatgai Mrs Tay. Lawatan kami ini bukanlah kali pertama, tetapi kali ini kami dapat meluangkan masa meninjau keseluruhan kawasan kilang ini.


Kami meninjau dari setiap sudut kilang itu, dari tempat pemprosesan hingga ke tempat pemeraman beg media.

Kami berasa kagum dengan dengan pengusaha kilang ini kerana berjaya mencapai hingga ke tahap ini. Kata pekerja di kilang ini, ianya telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Bermula dari sebauh bangsal yang kecil hinggalah ke kilang sebesar 2 ekar.


Setakat ini di negeri Melaka belum ada lagi orang melayu yang mapu bersaing dengan pengusaha kilang ini. Kami juga meninjau mesin-mesin yang digunakan di kilang ini. Proses membuat beg media menggunakan mesin memang sagat mempengaruhi production kilang ini.


Sebelum kami pulang, sempat juga kami membeli 2500 beg media yang sudah matang bagi menambah lagi beg di rumah cendwan kami. Di dalam perjalanan pulang, saya terfikir industri cendawan ini memang mempunyai masa depan yang sangat cerah. Walaupun sekarang ianya di monopoli oleh kaum cina, tetapi masyarakay kita masih mempunyai peluang di sini. Semangat yang kuat kunci untuk mencapai kejayaan.

Semoga projek kami juga akan berjaya mencapai ke tahap kilang.

Mohd Zulfikri