Sunday, August 24, 2008

Pekembangan pada bulan kemerdekaan

Merdeka! Merdeka!

Salam merdeka dari kami mushroom enterprise. Har ini kami merasakan kami telah merdeka. Kami masih ingat lagi kata-kata Bapa Kemerdekaan, hari ini perjuangan kita baru bermula. walaupun kita sudah merdeka tetapi perjuangan untuk mempertahankannya baru bermula.

Kami ambil kata-kata azimat itu dengan melangkah ke alam perniaagaan yang lebih mencabar.

Pada bulan ini kami telah menerima masuk rakan kongsi yang baru, Mohd Marwan dan Mohd Syafiq. Setelah sebulat sekata untuk berpindah ke rumah kedai.


Proses pemindahan barang-barang ke rumah kedai sangatlah memenatkan. Kami mengupah budak-budak sekolah untuk membantu kami. Terima kasih kamin ucapkan.

Sesuatu yang tidak di jangka sebelum kami memulakan prosesm pemindahan beg cendawan. Kutipan terakhir adalah 20kg cendawan. Cendawan ini seolah-olah ingin memberitahu kami sesuatu.

Rezeki tuhan...

Kami harap dengan kedatangan bulan ramadhan ini maka rezeki kami akan terus bertambah. Kami memanjatkan doa pada yang Maha Esa bagi membantu kami dan murahkan rezeki kami di tempat baru ini...

Zulfikri

Saturday, August 9, 2008

Siap juga rak akhirnya



Hari ni sempat juga kami menyiapkan rak-rak sudah lama tertangguh. Selepas ini kami akan menumpukan kerja-kerja membuat beg cendawan. Kami akan mencuba teknik kukusan singkat menggunakan steamer. Harap-harap kami dapat membuat beg media sebanyak mungkin sebelum menjelang puasa ini.

Kami mulai risau tentang pasaran di bulan puasa. Maklum lah ini kali pertam berpuasa sebagai pak tani cendawan.

Kami merancang untuk menjualnya di pasar borong pada sebelah pagi. Tetapi bukan kepada orang tengah. Tetapi kami jual terus pada orang ramai. Rancangan ini akan kami gunakan jika dalam minggu yang pertama bulan puasa permintaan cendawan dari kedai makan berkurang.

Zulfikri

Friday, August 8, 2008

Cendawan niJerami Padi ke?


Sewaktu kami melawat tapak pondok cendawan yang kedua, kami ternampak cendawan yang seakan-akan tiram kelabu. Kami menjangkankan cendawan ini adalah cendawan jerami padi. Ini kerana tapak pondok kami adalah bekas tempat simpanan habuk kayu kami.
Kami rasa kurang yakin untuk makan cendawan ni. Kalau beracun niaya lah jawabnya. Tetapi kami pernah terbaca tentang cendawan jerami padi yang di tulis di blog cendawan melaka. Cendwan jenis ini memang boleh di makan.

Persoalannya adakah cendawan ini jenis jerami padi?

Zulfikri