Thursday, July 31, 2008

Work in progress



Projek nak membina sebuah lagi pondok cendawan masih di dalam pembinaan. Ini disebabkan barang-barang yang di pesan lambat sampai. Selain pada itu kami juga mencari bahan yang betul-betul jimat kos. Maklumlah zaman dah maju, dunia sudah beruabah dan harga barang dah naik.


Keluasan pondok ini lebih kurang 17 x 20.Boleh tampun lebih kurang 8000 beg. Hari esok masih banyak lagi kerja yang hendak dilakukan. Rak-rak masih belum siap. Harap minggu ni semua beres.

Pungutan hasil harian cendawan bulan ini ada perubahan yang agak positif. Lebih dari bulan yang sudah. Keberkesanan Bio plant nampaknya sudah ada.Selepasa siap proses membina pondok ini. kami akan menumpukan projek membuat beg media 2 hingga 4 jam kukus.

Tunggu dan lihat.

Zulfikri

Saturday, July 12, 2008

Projek Bulan ini

Bulan ini antara major projek adalah menyiapkan bangsal tambahan. Setakat ini kami sydah menempah kemah sebesar 20 x 17. Cukuplah sebagai tambahan. Dalam pada masa itu kami memikirkan jenis rak dan susunan yang tepat bagi memastikan ruang tidak dibazirkan.

Rak seperti ini memang jimat kos. Tetapi di tempat kami agak sukar untuk mencari buluh.

Ini adalah contoh terbaik yang kami dapat dari internet. Kemungkinan kami akan menggunakan idea rak ini untuk bangsal tambahan.

Hari ini harga cendawan di Pasar Melaka naik lagi. RM 7 sekilo kalu di beli secara borong. Nampaknya harga yang baik untuk pengeluar cendawan.

Zulfikri