Thursday, May 1, 2008

Hasil tuaian


Sebelum ini kami tidak sempat untuk mengambil gambar hasil tuaian. Kali ini hampir 100 beg kami buka mengeluarkan hampir 6kg cendawan. Kami sedang berusah untuk menyusun pengeluaran cendawan. Hasil ini adalah dari beg media yang di beli dari Masjid Tanah.

Cendawan sebesar tapak tangan. Dulu bila ke pasar jarang kita jumpa atau mungkin tak prnah nampak orang jual cendwan sebesar ini. Beratnya lebih dari 100 gram.


Baby mushroom, menarik untuk dilihat. Ketika ini cendawan baru berusia 2 hari.

Ketika ini cendwan amat sesuai di petik.

Sila klik pada video cara menuai cendawan.

Zulfikri

Cabaran




Setiap usah perlu mengharungi ringtangan dan cabaran. Kami juga tidak terlepas dari semua itu.Baru- baru ini kami telah kehilangan sebuah tong gas. Pintu belakang rumah cendawan telah di masuki. Agak bernasib baik jugalah pintu iu ditutup kembali oleh pencuri itu. Kami kemudiannya menambah selak di pintu belakang agar kejadian ini tidak berulang kembali.

Di sinilah tempat dimana kami melatakkan tong gas itu. Kejadian ini berlaku ketika proses pengukusan di lakukan di waktu malam.

Di harap selepas ini tidak ada lagi sebarang kecurian berlaku. Ini akan menyebabkan kami menanggung kerugian di dalam menjalankan projek ini.

Zulfikri

Pembetulan

Pada 15 Mac 2008 kerja-kerja menjalankan projek cendawan tiram telah dijalankan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada nama-nama ini:

Hj. Abdul Jalil bin Hj Arshad
Hjh. Jariah bte Said
Hanani Liza bte Abdul Jalil
Mohd Zulhilmi bin Abdul Jalil
Hanani Rahayu bte Abdul Jalil
Norazlina Binti Ab.Aziz
Mohd Helmy bin Abdul Rahim
Md. Fazeli bin Md. Salleh.

Nama-nama di atas adalah mereka yang banyak memberi pertolongan yang sangat dihargai.

Zulfikri