Sunday, April 27, 2008

Good Lucks Mushroom Premium!

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana segala perancangan untuk kerja-kerja awal dalam projek ini berjalan dengan lancar. Pada mulanya idea untuk membut projek cendawan ini bermula pada awla Januari 2008. Pada ketika itu saya masih mencari arah untuk memulakan kerjaya untuk hidup. Dengan petunjuk yang diberi dari illahi saya bertemu jodoh dengan idea cendawan tiram kelabu.

Minat untuk memulakan projek cendawan tiram ini datang apabila saya pulang dari Kursus Tanaman Cendawan di Jabatan Pertanian Sg. Udang Melaka. Bermula dari saat itu saya mencari kenalan yang berpengalaman didalam bidang itu. Akhirnya saya telah diketemukan dengan seorang pengusaha projek cendawan yang benama En. Saifudin. Beliau menjalankan projek cendawan ini bersama 3 orang rakannya Che Din, Abang Rahim dan juga Tok Sidang.


Rumah Cendawan Kg. Godek Bukit Baru Duyong


Che Din memberi penerangan tentang pengukusan

Selama hampir dua bulan saya dan beberapa rakan menimba ilmu di rumah cendawan Kg Godek Duyong. Banyak yang saya dapat dari meraka. Dari segi penediaan beg media hinggalah ke penjagaan beg media. Jutaan terima kasih saya ucapkan pada mereka.

Zulfikri

No comments: