Sunday, August 24, 2008

Pekembangan pada bulan kemerdekaan

Merdeka! Merdeka!

Salam merdeka dari kami mushroom enterprise. Har ini kami merasakan kami telah merdeka. Kami masih ingat lagi kata-kata Bapa Kemerdekaan, hari ini perjuangan kita baru bermula. walaupun kita sudah merdeka tetapi perjuangan untuk mempertahankannya baru bermula.

Kami ambil kata-kata azimat itu dengan melangkah ke alam perniaagaan yang lebih mencabar.

Pada bulan ini kami telah menerima masuk rakan kongsi yang baru, Mohd Marwan dan Mohd Syafiq. Setelah sebulat sekata untuk berpindah ke rumah kedai.


Proses pemindahan barang-barang ke rumah kedai sangatlah memenatkan. Kami mengupah budak-budak sekolah untuk membantu kami. Terima kasih kamin ucapkan.

Sesuatu yang tidak di jangka sebelum kami memulakan prosesm pemindahan beg cendawan. Kutipan terakhir adalah 20kg cendawan. Cendawan ini seolah-olah ingin memberitahu kami sesuatu.

Rezeki tuhan...

Kami harap dengan kedatangan bulan ramadhan ini maka rezeki kami akan terus bertambah. Kami memanjatkan doa pada yang Maha Esa bagi membantu kami dan murahkan rezeki kami di tempat baru ini...

Zulfikri

1 comment:

akmalkharis said...

Jemputan ke Minggu Industri Cendawan Di Taman Pertanian Malaysia, anda dijemput hadir:D