Pada 26 Mac yang lalu kami telah membeli sebanyak 500 beg media yang telah matang sepenuhnya di Masjid Tanah. Kami mengambil kesemua beg media yang telah di tempah dari Pak Cik Mad dengan menaiki van. Beg-beg itu telah kami bawa dengan penuh berhati-hati supaya tiada kerosakan berlaku pada beg media.
Setelah kami menyusun kesemua beg media itu kami pun membuka semua beg-beg media itu. Ini kerana kesemua beg media itu telah pun matang.
Tujuan utama kami membeli beg-beg media yang telah matang, kerana ingin mengaplikasikan kaedah penjagaan beg media. Di samping itu ia juga adalah untuk menampung hasil sebelum beg yang kami buat itu sampai tempoh matang.
Setelah beberapa hari, cendawan pun mula menunjukkan diri buat kali pertama pada kami.
Bongkah pertama yang mengeluarkan cendawan
Bongkah Kedua-Tapi dia dah tebuk plastik beg media
Proses penyediaan beg media kali yang pertama telah dapat disiapkan sebanyak 202 beg media Setalah beberapa kali proses penyediaan beg media dilakukan , kami telah berjaya menghasilkan 350 - 400 beg media

Beg media yang hendak dikukus buat pertama kali
No comments:
Post a Comment